Alhamdulillah setelah sekian lamanya tidak menaip dek kerana kesibukkan yang melanda diri dengan pembelajaran di kolej. So, lepas syima balik dari kelas, syima tertarik untuk menulis berkaitan ESMR sebab baru je belajar tadi tentang jantung haha. Maka, Apa itu ESMR?
Extracorporeal Shockwave Myocardial Revascularization
Sebenarnya ESMR ini adalah non-invasive procedure. Non-invasive procedure ni macam procedure tanpa sebarang tebukkan, potongan atau pembedahan. Ia adalah untuk pesakit yang menjalani rawatan intervensi koronari.
ESMR ni menggunakan rawatan terapi kardiak shock wave. Dia menggunakan gelombang yang positif. Ia digunakan untuk merawat angiogenesis (penghasilan sel/ tisu kardiak yang baru) dalam ischemic myocardium.
Ischemic myocardium berlaku kerana arteri di jantung tersumbat, maka pengaliran darah semakin berkurangan dan kurangnya bekalan oksigen. Ia boleh merosakkan otot jantung dan boleh menyebabkan kematian kalau tiada rawatan yang diambil secepat mungkin.
Ini adalah contoh alatan bagi ESMR |
Bak kata lecturer syima, ESMR pertama yang dijalankan di Malaysia adalah di Pusat Perubatan University Malaya (bangga juga jadi pelajar sini hahaha). ESMR ni diimport dan harganya adalah RM2.8 juta.
Ketua Unit Kardiologi PPUM, Prof Wan Azman (tengah) dan ahli kardiologi PPUM, Dr. Zulhilmi bersama pakar kardiologi Jerman, Dr Alexander |
ESMR di PPUM ni menjalani rawatan sebanyak 9 kali sesi. Untuk menguji keberkesanan ESMR ni ada 5 assesment yang dijalankan. Pertama, simptom CCS Scales II-IV (Canadian Cardiovascular Society). Kedua QOL-RAND-36Q (Quality of Life) untuk melihat fungsi fizikal selepas pembedahan. Ketiga, Exercise Tolerance. Kelima adalah ECHO dan akhirnya adalah Myocardial perfusion.
Kesimpulannya, kaedah ini mudah untuk merawat pesakit dan tidak begitu merbahaya.
tu mesin check jantung ke
ReplyDeleteMesin tu untk merawat jantung dngn mnggunakn gelombang
Deletefirst time dengar perkataan ni, ambik course apa ek
ReplyDeleteNursing 😊
DeleteNursing 😊
Delete