Kelab Blogger Ben Ashaari

Tuesday, October 20, 2015

Kari Kepala Ikan Terbaik !!

Assalamualaikum.

Nak tahu di mana kari kepala ikan yang the best dekat area KL??

Jawapannya di Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan.



Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan


Serius sedap giler. Rugi kalau korang tak cuba. Rasa kari nya memang terasa la, makan pula dengan nasi panas-panas. Memang tak terkata la hehe


Selain itu, harganya juga berpatutan taw. Kalau kari kepala ikan size besar dalam rm90. Kalau saiz sederhana dalam rm60. Memang berbaloi la makan. Sesuai untuk makan bersama keluarga yang dalam kuantiti yang ramai sebab ikannya yang besar tu hehe



Di restoran kari kepala ikan Kampung Pandan, juga mempunyai bilik-bilik khas  VIP atau untuk bermesyuarat. Bilik tersebut mempunyai penghawa dingin dan juga papan putih untuk memudahkan perbincangan atau mesyuarat. 

Selain itu juga, terdapat pelbagai kemudahan seperti wifi percuma, surau, tempat meletak kenderaan dan juga tandas




Pemandangan di restoran kari kepala ikan kampung pandan juga menarik taw. Dari restoran ini, kita boleh melihat menara berkembar KLCC. Malah, setiap sabtu malam ahad akan terdapat buskers yang mendendangkan pelbagai jenis lagu. Makan kari kepala ikan, sambil mendengar lagu, memang syok lah hehe



Selain kari kepala ikan, terdapat juga menu yang lain seperti Satay, Char Koew Tiau yang the best, Tomyam, Rojak dan pelbagai makanan menarik.




Selfie dari kami Kelab Blogger Ben Ashaari. Terima kasih kepada 
Restoran Kari Kepala Ikan Kampung Pandan.


Untuk sebarang tempahan / maklumat:

Lokasi: No.2 Lorong Yap Kwan Seng,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
(waze: Restoran Kari kepala ikan Kampung Pandan)

En Hamid: No Tel: 0321612525

Waktu operasi: 24 jam

Instagram: @karikepalaikan_yks
Fb profile: Kari Kepala Ikan Yks
Fb page : Karikepalaikan_YKS


Sunday, October 11, 2015

Ikea Food X Meatball Ikea

Assalamualaikum

Hari ini syima pergi Ikea, Damansara dengan kawan-kawan. Ramai kata meatball Ikea sedap. So,syima dan kawan-kawan pun nak try la. Maklum la kami student yang baru merantau ke Kuala Lumpur ni.

Cara kami pergi ke sana, menaiki LRT dari LRT Universiti ke LRT Kelana Jaya. lepas tu kami naik teksi hingga ke Ikea. Tambang teksi bawah RM15. Ada juga bas rapid dari LRT Kelana Jaya ke Ikea. Bas tersebut bernombor U89. Tapi bas ni berhenti tepi jalan raya, so kena jalan kaki sikit hingga ke Ikea.

Seperti biasa,hari hujung minggu, memang Ikea akan selalu penuh dengan manusia. Nak beli makanan, memang beratur panjang juga lah. Tapi demi memenuhi niat tuk makan meatball, ku sanggup tuk beratur

Di Ikea, bukan sahaja ada meatball yang famous tu malah ada pelbagai jenis makanan seperti chicken wing (kepak ayam), ada sup cendawan, pelbagai jenis roti, ada salad dan pelbagai lagi lah.









Ternyata memang makanan Ikea sedap !! Makanannya yang banyak malah harganya juga berpatutan tau.






See you all dalam entry seterusnyaaa . Bye bye




Baju Kurti Ikutan Remaja Kini

Assalamualaikum

Pernah dengar baju kurti??

Alaaaa, yang kaum India selalu pakai tu.

Sekarang ni kan, ramai remaja yang memakai kurti, termasuk lah syima sendiri :D

Baju Kurti Ikutan Remaja Kini, kurti,selesa, menutup aurat, masjid jamek, times square, kenanga,



Bagi pendapat syima, baju kurti amat sesuai untuk dipakai oleh semua kaum, kerana pakaiannya yang sopan, labuh sehingga bawah punggung dan berlengan panjang. Jadi bagi orang Islam macam syima yang menutup aurat sesuai untuk memakainya kerana mematuhi syariat Islam.

Selain itu, kurti ni selesa dari segi material nya. Kain nya yang lembut dan selesa dipakai

Selalu nya, baju kurti boleh didapati di pasar malam, di Times Square or Kenanga, di Masjid Jamek juga ada. Malah, boleh beli ia melalui jualan online.




Okay lah, nanti syima buat entry lagi kay. Bye bye :D



Bentuk Badan X Corak & Warna Baju

Assalamualaikum

Hari ini syima nak buat entry pasal baju bercorak dan bentuk badan. Corak memainkan peranan penting dalam pemilihan baju tau. Disebabkan hari ini syima keluar dengan mengenakan pakaian yang bercorakkan bunga, jadi syima nak share la sedikit tips dalam pemilihan baju, warna dan bentuk badan.

Malah, pemilihan warna tudung juga diambil kira. Baju yang bercorak ini selalu nya sesuai dengan tudung yang kosong/plain iaitu yang tidak ada corak. Agar nampak keseimbangan corak dan warna.

Disebabkan badan syima agak bersaiz besar dan tinggi. Jadi syima sesuai untuk menggayakan corak yang agak gelap dan corak nya adalah kecil-kecil atau sederhana.

Contohnya baju yang syima pakai seperti gambar di bawah. Syima memakai corak bunga yang sederhana kecil, malah di bahagian tangan berwarna hitam yang tidak menampakkan saiz lengan yang besar. Tudung syima juga warna kelabu yang tiada corak.



Selain itu, bagi seseorang yang badannya bersaiz besar dan rendah, sesuai menggayakan pakaian yang bercorak gelap, garis menegak atau corak yang kecil-kecil. Corak menegak akan menampakkan seseorang itu tinggi dan langsing.
Gambar diambil daripada Google


 Bagi yang bersaiz kurus dan rendah, sesuai untuk menggayakan corak yang lebih cerah dan corak yang besar-besar, malah corak menegak juga membuatkan seseorang itu nampak tinggi.

Gambar diambil daripada Google

Gambar diambil daripada Google

Bagi seseorang yang bersaiz kurus dan tinggi, sesuai menggayakan dengan warna yang cerah dan corak yang besar. Malah, ia sesuai digayakan dengan corak melintang agar menampakkan tubuh badan tidak terlalu kurus. Sebab tu ramai artis yang kurus-kurus tu menggayakan t-shirt yang coraknya garis melintang supaya menyerlahkan keterampilan mereka

Gambar diambil daripada Google
Hope tips syima dapat memberi inspirasi dalam pemilihan baju. Jika ada sebarang idea atau cadangan, boleh komen di ruangan komen :)






Saturday, October 10, 2015

Aiskrim dari susu lembu segar

Assalamualaikum

Pernah makan aiskrim dari susu lembu yang segar?
Pernah dengar nama kedai MilkCow?


susu segar, aiskrim, milkcow, the garden, mid valley,  coklat, chocolate, caramel, popcorn,delicious, yummy, enak, sedap, marvellous



Friday, October 9, 2015

Wedding x Dress

Assalamualaikum

Hello fashionista's!! Hari ini Syima nak kongsikan bersama baju yang Syima gayakan untuk ke Majlis Perkahwinan. Gabungan  blouse sequin dengan skirt labuh. Kali ini Syima gabungkan warna hitam dan peach oren.


Di Majlis Perkahwian cousin Syima, Dr Fadhil dan Dr. Farisya. Selamat pengantin baru.